Thursday, March 24, 2011

Aurat: Isu Lama!

Aurat, daripada definisi yang aku ingat belajar time sekolah-sekolah dulu ialah, anggota badan yang tak boleh dilihat oleh bukan muhrim.

Muhrim pulak bermaksud (kepada yang buat-buat tak tahu) ialah orang yang ada pertalian darah. Contoh aku dengan mak aku. Muhrim. Aku dengan Lisa Surihani. Bukan Muhrim.

Tapi kenapa Lisa Surihani tak tutup aurat? Haaa.. see? Nampak permainan die di situ. Tak nampak?

Ok situasi: anda (perempuan) pakai seksi smeksi. Tertonjol segala buah tembikai, gunung Tahan, Lembah Titiwangsa etc. Agak-agak korang la kan, lelaki macamana yang nak kawen dengan korang? Haaa nampak tak signifikan die?

Korang tahu tak? Tak kot. Ok meh aku nak habaq, suami yang tak menasihati isterinya menutup aurat., di akhirat kelak, kalau lelaki tu pahala sejuta kali ganda dari dosa die sekalipon, isteri die boleh tarik suami die terjun neraka sekali. Sama kes jugak kepada anak lelaki, kalau tak nasihat ibu die tutup aurat, die pon join the club skali la.

Sebab tu tang agama, suami bole berkeras terhadap isteri. Bukan saje-saje nak marah. Sebab sayang la si suami ni tegur, biar sama-sama masuk syurga ye dak?


Kalau kat universiti, hmph, toksah cakap, macam-macam pesen ada. Kebanyakannye ketat. Yes ketat ada lah trend sekarang. Seluar ketat baju ketat. Tujuan meraka pakai ketat-ketat ni satu je. Nak tarik perhatian lelaki. Tak? Ok bullshit darab 1000.

Takkan sebab selesa? Aku rasa longgar lagi selesa.

Pompuan pilih baju, apa yang paling penting adalah lawa ke tak, aurat cover ke tak tu no 2. (Mostly laaaa). Yang fikir aurat no 1 tu aku ucap alhmadulillah. Semoga korang dirahmati. :)


Selain daripada itu, kalo korang dah bukak aurat tu, bukan korang je yang berdosa, dengan aku sekali tau tak? Termasuk lelaki-lelaki lain. Tau tak?? Grr..

Ye tau, kalo terlihat tak dosa, tapi kalo dah di merata-rata tempat korang duk tunjuk-tunjuk, kitorg lelaki ni nak tengok ke mana? Ke langit? Pui! Pastu kalau lelaki usha, kata kitorang pervert plak. Tah hape-hape laaa. Tak faham aku. Haish.

Cuba kalau yang melihat tu, lelaki yang tengah gersang tahap kuda tak mengawan seribu tahun. Agak-agak korang apa die fikir?

NAMUN! Aku yakin 99% pompuan yang baca ni, akan still berpakaian ketat. Tak makan saman kata orang.

ps: antara Najib, Anwar, Mahathir, Nik Aziz, sapa yang nasihat isteri & anak-anak diorang menutup aurat?

Monday, March 21, 2011

Dah Liwat, Beromen Pulak!

Ada pulak cerita baru! Kalau dah nama politik, cerita pelik-pelik dah biasa kita dengar. Datuk ni liwat die lah, Datin ni skandal dengan sekian-sekian, Tan Sri itu ini. Macam-macam lah!

DS Anwar Ibrahim dulu kene tuduh liwat ngan Saiful, pfft. Nape tah nak hebohkan sangat die kene liwat. Tah pape.

Sekarang DSAI kene tuduh beromen pulak ngan pelacur mana tah. Ada bukti video lagi. Tapi takda sapa pernah tengok lagi selain daripada Datuk T tu la. ==" Lepas tu ajak semua wartawan tengok video tu ramai-ramai. Wtf? Lawak apekah ini?

Stakat ni Chua Soi Lek je ada bukti yang die pernah beromen dengan sekian-sekian. Sape tah sekian tu, ngan orang tua camtu pon nak bantai romen jugak.

Kamon la Malaysia. Especially gabemen la. Bila la korang nak buat sesuatu yang penting? Duk jaja video seks die ni la die tu la. Ape ni? Ingat ni pasar malam ke? Dah takda keje sangat ke Datuk T?

Tolong la bangsaku, berubah demi masa depan di dunia dan akhirat.

ps: Nak tengok parlimen bincang pasal ape?

Friday, March 18, 2011

Datin Seri Rosmah!


Kecoh! Apabila DS Rosmah memberi komen tentang bencana di Jepun. Semua rakyat Malaysia rasa amat terkejut, marah, dan malu dengan pernyataan beliau.


Manakan tidak, beliau menyatakan bahawa tsunami yang berlaku di Jepun itu disebabkan oleh kemajuan Jepun yang tidak terkawal dan tidak selari dengan alam. Lain orang, lain tafsiran tapi secara umumnya itulah yang dinyatakan DS Rosmah.


Rakyat Jepun terutamanya sudah pasti amat kesal dengan pernyataan tersebut yang seolah-olah menyalahkan rakyat Jepun yang menyebabkan tsunami itu.


"And do not pursue that of which you have no knowledge. Indeed, the hearing, the sight and the heart - about all those [one] will be questioned." (surat al Israa 36)

Dulu pasal Islamic Fashion Festival di mana fesyen-fesyen yang ditampilkan semuanya tidak mengikut syariat Islam, malah menghina Rasulullah dengan melatakkan tulisan Rasulullah di atas baju.

Tapi DS Rosmah tidak pernah meminta maaf secara terbuka (setahu penulis).

Ini ke isteri Perdana Menteri kita? Perdana Menteri yang memimpin seluruh rakyat Malaysia, tetapi isteri sendiri? Kenapa rakyat masih lagi memberi sokongan kepada Perdana Menteri?

Tidak faham! Adakah rakyat (Melayu) Malaysia tidak lagi sayangkan negara? Sayangkan agama Islam? Sungguh mengecewakan.