Manakan tidak, beliau menyatakan bahawa tsunami yang berlaku di Jepun itu disebabkan oleh kemajuan Jepun yang tidak terkawal dan tidak selari dengan alam. Lain orang, lain tafsiran tapi secara umumnya itulah yang dinyatakan DS Rosmah.
Rakyat Jepun terutamanya sudah pasti amat kesal dengan pernyataan tersebut yang seolah-olah menyalahkan rakyat Jepun yang menyebabkan tsunami itu.
"And do not pursue that of which you have no knowledge. Indeed, the hearing, the sight and the heart - about all those [one] will be questioned." (surat al Israa 36)
Dulu pasal Islamic Fashion Festival di mana fesyen-fesyen yang ditampilkan semuanya tidak mengikut syariat Islam, malah menghina Rasulullah dengan melatakkan tulisan Rasulullah di atas baju.
Tapi DS Rosmah tidak pernah meminta maaf secara terbuka (setahu penulis).
Ini ke isteri Perdana Menteri kita? Perdana Menteri yang memimpin seluruh rakyat Malaysia, tetapi isteri sendiri? Kenapa rakyat masih lagi memberi sokongan kepada Perdana Menteri?
Tidak faham! Adakah rakyat (Melayu) Malaysia tidak lagi sayangkan negara? Sayangkan agama Islam? Sungguh mengecewakan.
No comments:
Post a Comment